Friday, November 20, 2009

Mari belajar Reiki pada 5 & 6 Disember ini!

Malaysian Institute for Reiki merupakan sebuah akademi latihan dan pembelajaran REIKI mengikut skima antarabangsa dan mengekalkan cara tradisional. MIR dibawah pengurusan IQBC dan telah didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. MIR menawarkan kursus serta kelas-kelas reiki sepanjang tahun di mana para pelajarnya terdiri dari semua peringkat dan golongan masyarakat, agama dan bangsa. Jumlah bilangan pelajar yang mengikuti kursus REIKI di sini semakin bertambah dari sehari ke sehari. Ini menunjukkan satu perkembangan yang positif bagi rawatan alternatif dalam bidang perubatan di Malaysia.


Tarikh : 5 & 6 Disember 2009

Tempat : Bilik Latihan 1 IQBC, No 24b, Jln Tengku Ampuan Zabedah K9/K, Seksyen 9 40100, Shah Alam

Masa / Tempoh : 10 pagi – 5 petang / 2 hari

Fasilitator : Master Dr. Mir Hazil Azran Ramli (Phd Human Bio-Energy)

Yuran Penyertaan : RM 1,500.00 RM 1,200.00 (diskaun 20% / jimat RM 300.00)

Deposit : RM 300.00

Tawaran Hebat : Kursus ULANGAN Reiki Tahap 1 & 2 pada
9 & 10 Januari 2010 secara PERCUMA

Sijil, Nota Catitan, Manual Reiki dalam Bahasa Melayu,
Poster Teknik ‘Reiki Hands On’ akan diberikan kepada peserta

Kemudahan : Makan minum disediakan untuk pagi, tengah hari & petang

Pembayaran hendaklah dibuat kepada : Innergy Quest Bio Concept –
5121 0141 0391 / Maybank

Hubungi 03 5880 4349 / 017-333 2349 / 017-300 2349 untuk
maklumat lanjut.


Reiki.. ilmu ini memang banyak diajar diluar sana, akan tetapi adakah kualiti ilmu yang disampaikan itu terjamin? Berdasarkan apa? Mengapakah masih ada yang masih tidak dapat membezakan antara yang PAKAR atau tidak pakar? Mengapakah masih ramai yang belajar ditempat B tetapi bertanya ditempat A? Jangan salahkan tempat A jika mereka tidak melayan soalan-soalan yang anda masih tidak faham berkenaan Reiki kerana adat berguru menyatakan : “Tanyalah kepada Cikgu / Guru / Master ANDA”.

Reiki merupakan ilmu hikmah yang memerlukan perhatian / pengamatan / pengalaman praktikal / greakkerja berterusan yang tinggi lagi peka, apa guna Reiki jika hanya sekadar ‘attunement’ RIBUAN RINGGIT tetapi ISInya / ILMUnya tentang Reiki adalah KOSONG / HAMPAS?

Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd merupakan Pusat Rawatan Reiki yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia. Ianya dikawal selia oleh Master Dr. Mir Hazil selaku Presiden Reiki Malaysia. Beliau merupakan pengamal ILMU TEORI / PRATIKAL Reiki yang berpengalaman lebih dari 11 tahun. Reiki bukanlah ilmu ditepi jalan, jangan jadikan ianya sebegitu.

Monday, November 16, 2009

Reiki : Teknik Khusus Dalam Menangani Stres

Tekanan datang dalam pelbagai bentuk. Ianya merupakan sebahagian dari permasalahan pada alaf ini. Gaya kehidupan yang kurang sihat, keadaan persekitaran yang tidak selesa, udara yang tidak bersih, faktor kewangan dan kurang kepuasan dalam kerjaya adalah antara faktor penyumbang kepada wujudnya masalah tekanan ini.

Laporan statistik dari Kementerian Kesihatan berkenaan sakit mental ringan kepada skizofrenia pada 20 Jun 2009 menunjukkan seramai 397,010 individu yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar psikiatri di hospital kerajaan, berbanding 324,344 pada 2007. Peningkatan ini amat membimbangkan dan ianya semakin meruncing.

Aspek emosi dan mental merupakan sebahagian dari diri manusia. Ianya tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa dan ianya ADA. Kurangnya kesedaran dalam cara menangani tekanan merupakan penyumbang utama dalam meningkatnya tahap tekanan dalam diri.

Bermula dari minda yang berserabut ianya akan menghasilkan perasaan yang tidak menentu. Keadaan ini turut mempengaruhi ritma tubuh dan jika dibiarkan terlalu lama maka akan timbul pelbagai gejala seperti tekanan darah tinggi, hilang selera makan atau makan berlebihan dan sebagainya. Simptom-simptom permasalahan yang berlaku merupakan tanda-tanda bahawa terdapat ketidak harmonian tenaga dalam tubuh.

Tekanan yang pada asalnya hanya berada ditahap mental kini telah pergi jauh ke tahap fizik. Pada tahap ini seseorang perlu mendapatkan pelbagai rawatan untuk merawat sisitem tubuh yang telah terganggu ritmanya. Darah tinggi merupakan salah satu dari penyakit yang berpunca dari kegagalan mengawalselia tekanan. Dalam ertikata lain, penyakit fizikal adalah manifestasi terakhir penyakit.


Solusi

Dikenali dengan nama ‘Terapi Tenaga Alam’; Reiki memberikan solusinya. Hadir bersamanya teknik yang mudah dipelajari serta boleh dipraktikkan dimana sahaja. Teknik yang mudah ini hanya memerlukan aliran tenaga alam dialirkan kepada mana-mana bahagian tubuh yang hendak dirawat atau pusat tenaga (chakra) demi mengharmonikan tenaga dalam tubuh.

Ianya dapat dilakukan dalam tempoh 30 minit untuk merawat diri sendiri secara keseluruhan. Ianya boleh dilakukan sewakt
u berada dipejabat, di hadapan televisyen, selepas solat atau pada masa dan tempat yang dirasakan sesuai. Tumpuan utama rawatan adalah untuk mengharmonikan aliran tenaga dalam tubuh dan ianya merupakan kunci kepada kesihatan yang sejahtera.

Teknik ini dibahagi kepada tiga peringkat iaitu
:
  • Cleansing (Pembersihan)
  • Energize (Menambah Tenaga)
  • Protection (Perlindungan)

Cleansing (Pembersihan)

Peringkat ini merupakan proses pembersihan hambatan pada jaluran tenaga yang telah menyekat aliran tenaga dari pusat tenaga keseluruh tubuh. Hambatan ini merupakan tenaga kotor yang terkumpul lalu mengeras dan ianya harus dibersihkan untuk melancarkan kembali aliran tenaga kepada keseluruhan sistem tenaga hayat manusia.

Energize
( Menambah Tenaga )


Peringkat ini pula merupakan tahap dimana tenaga alam (Reiki) akan dialirkan terus ke semua pusat tenaga dan tenaga ini akan berasimilasi dengan dengan dalam tubuh serta akan mengembalikan keharmonian dalam tubuh.

Protection
(Perlindungan)


Memperkuatkan dinding lapisan Aura merupakan fokus utama peringkat ini. Kini kerana aura merupakan perisai yang melindungi manusia dan ianya seperti lapisan ozon yang melindungi bumi.
Terapi tenaga alam ini merupakan satu teknik TERKINI dalam merawat pelbagai permasalahan termasuk merawat tekanan (stress).

Kaedah ini sangat popular di barat dan ianya telah berkembang di Malaysia. Di Malaysia Reiki berada dibawah selian Kementerian Kesihatan dan pengamal Reiki yang hendak memberikan khidmat mereka kepada masyarakat haruslah berdaftar dibawah Kementerian Kesihatan.



Pelaburan Seumur Hidup

Dengan peningkatan masalah dalam menangani tekanan maka amat sesuai jika seseorang itu mempelajari Reiki. Ianya umpama pelaburan sepanjang hayat dan boleh diajarkan kepada anak, adik-beradik dan teman-teman.

Dengan memahami kaedah rawatan, seseora
ng itu dapat megubah teknik itu mengikut kesesuaian diri berdasarkan kreativiti masing-masing.Keunikan terapi Reiki adalah ianya mampu merawat keseluruh aspek seperti kerohanian, emosi, minda dan fizikal; tidak pula hanya terbatas untuk merawat penyakit semata-mata malah ianya juga boleh digunakan untuk mengharmonikan semula tenaga pada persekitaran yang turut akan mempengaruhi tahap mental, emosi dan fizikal seseorang itu

________________________________________________________________________________________________



Kami juga turut menganjurkan siri kursus Reik
i seperti

  • Reiki Tahap 1 hingga Tahap Master (Reiki Usui)
  • Karuna Ki dan Reiki Imara Tahap Master
  • Nur Reiki Salam

Siri kursus Reiki Usui akan diadakan pada tiap bulan.

Manakala kursus Karuna Ki , Imara & Nur Reiki Salam pula hanya 2 kali setahun kerana ia hanya boleh dipelajari oleh mereka yang telah menjadi Master dalam Reiki Usui.

Tenaga pengajar adalah Dr. Master Mir Hazil Azran Ramli selaku PRESIDEN REIKI MALAYSIA. Beliau merupakan seorang pengamal Reiki yang berpengalaman lebih dari 11 tahun.

Kursus Reiki Tahap 1 & 2 untuk bulan Disember akan diadakan pada tarikh :
  • 5 & 6 Disember 2009
Yuran penyertaan asal adalah RM 1500.00, akan tetapi kami memberikan diskaun 20% untuk bulan Disember ini.
  • Yuran penyertaan hanya RM 1200.00. Anda telah dapat menjimatkan wang anda sebanyak RM 300.00
Tawaran hebat ini turut disertai dengan :
  • Kursus ulangan Reiki Tahap 1 & 2 pada 9 & 10 Januari 2010 secara PERCUMA!!

Ini kerana kami hanya memberikan yang terbaik untuk para peserta untuk memahami lebih mendalam tentang isu yang berkaitan dengan Reiki. Ini kerana pasti akan ada 'pertanyaan-pertanyaan baru / isu-isu baru' yang ingin ditanyakan. Gunakan peluang yang diberikan pada kursus ulangan ini nanti.

Para peserta juga akan menerima :
  • Nota Catitan Maklumat / Pengalaman Reiki
  • Manual Reiki dalam Bahasa Melayu
  • Poster Teknik 'Reiki Hands On'
  • Sijil
Makan minum turut disediakan untuk para peserta.

Kepada yang berminat, sila membuat pembayaran deposit RM 300.00 ke dalam akaun Maybank - Innergy Quest Bio Concept : 5121 0141 0391 untuk mendapatkan tempat anda.

Anda juga boleh menghubungi 017-333 2349 (Master Lutfi) atau 017-300 2349 (Master Ismi) untuk sebarang pertanyaan.